Monday, December 21, 2009

Tuesday, December 15, 2009

Mini fondant Cakes

Percubaan yg pertama....emm...; )

Friday, December 4, 2009

Bunga2 Cinta


Bunga-bunga cinta dari ibu utk anak2 yg akan pulang berhariraya Aidil Adha baru2 ini. Tiada syarat @ tema..."apa2 je la ina,asal sedap dan cantik utk anak2 yg nak blk beraya" kata Datin Jawahir.

Alhamdullilah anak2nya sukakan cuppies ni.T.kasih.




Saturday, November 28, 2009

Barbie Doll Cake




Hepy Birthday Nyna.

Ely, pelanggan tetap sy. Seronok sgt bila mendekorasi kek begini. T.kasih Ely, diatas sokongan kamu.

Thursday, November 19, 2009

Tuesday, November 17, 2009

Friday, October 23, 2009


Dari Uitm Shah Alam ke Indera Mahkota, Ktn.
Suprise dari si Hanis utk ibunya...Amboi kak Hanim, senyum lebar nampak dpt birthday cuppies dari anak ye...Selamat Ulang Tahun kak,smg dipanjangkan umur & dimurahkan rezeki.
Buat Hanis,terima kasih daun keladi, nnt oder lg ngan aunty yek!

Sunday, October 18, 2009

Kartun utk si Comel



Dah lama saya tak mengupdet blog nih.Sb sentiasa kena outsation utk membantu suami menyelesaikan beberapa masalah kerja.Kekadang tu kena jg menolak beberapa tempahan dari pelanggan.Tp,kalau masa mengizinkan sy ttp menerima tempahan mereka...krn.minat harus diteruskan.

Disini jg sy ingin memohon maaf kpd beberapa pelanggan sy krn x dpt masukkan gambar cc tempahan mereka.Sedihnya, sb gambar2 tersebut semua hilang ntah kemana.Begitu jg gambar tempahan sebiji kek coklat + strawberry dari si Elly.Sorry yek....: ((

Ok diatas cc tempahan dari Cikgu Ina.Utk meraikan ulangtahun si comelnya, Hasha.Terima kasih cikgu krn sudi menempah.


Wednesday, August 12, 2009



Ini tempahan kali ke 3 dari K.Aya.Nak bagi kpd guru2 sekolah.Sekolah mana... sy x pasti.
K.Aya tak kisahkan warna dan design,asalkan cantik, katanya.
Terlintas dimata warna2 sebegini.Emm..Hati dan minda menjadi segar bila melihat hasil gabungan warna2 ini.



Yg dibawah ni utk anak dara kita yg sorang ni si Alya.Sibuk bebenar nak suruh saya buatkan cc yg berlebihan skit ni.Nak diberi pada teman baiknya si Effy.Kebah kejap demam si Effy bila dpt cc ni...mcm2 bebudak ni..: ))


Sunday, August 9, 2009

ChocMoist Strawberry Cakes

Utk acara makan2 sendiri ngan hubby & anak2....mmg kami sekeluarga gemar sgt2 kek coklat + strawberry....lazat. Tu pun dah nak cair topping bersememeh dah. X pa janji rasa ok! He..he..




Moist choc cupcakes + strawberry.....emm,enak juga ni. Sila2 jamu mata. : D


Saturday, August 1, 2009



Aduhai, terlupa plak siapa nama gerangannya yg menempah cuppies ni.
Apa yg sy tahu beliau ni tauke spa & butiknya di bandar Kuantan.Apa ye nama spa dia pun....saya lupa.Maklum la jumpa baru sekali dua di gym...borak2 dia nak order cc utk diberi kpd pelanggannya yg berkunjung ke ekspo pengantin nya di Kuantan Parade baru2 ni.

Sory la ye....lupa betul..: ))
Terima kasih kpd usahawan wanita ni.

Monday, July 27, 2009

Tempahan dari Ina di BASF, Gebeng. Bila baca setiap sms darinya..sy mengagak beliau ni 'mesra alam'...he..he..Happy go lucky si Ina ni ye. T.kasih Ina krn sudi menempah dari k.ina ni. ( Anda x salah baca.. mmg nama panggilan kitaorg ni sama...INA..; ))


Yg ini ambil dari 16pcs tadi...dari Ina utk kawannya.



Wednesday, July 15, 2009

Real Madrid utk suami tercinta.




Ini kali kedua Ely menempah cc dari saya dan beliau adalah antara pelanggan yg saya senangi.
Tapi kali ini tempahannya benar2 merisaukan saya.....ntah kenapa ye??

" Akak...sedap cc akak,ganache sdp..tabik spring!"
" Mmg ngan akak je pas nie...dah jatuhcinta ngan cc akak..."

Kerisauan yg bersarang dihati mengenai cc kali ni bagaikan hilang bilamana menerima sms dari Ely..alhamdullilah.Bimbang jg beliau tak berpuashati.Tambahan sy pertama kali menggunakan Edible Image yg saiz sebesar ni...

Ok Ely, terima kasih daun keladi ye.....; )

Sunday, July 12, 2009

Selamat Hari Jadi buat gadis comel Balqis.




Walau dah pandai dia masih nak oder ngan kita...wat malu k.ina jer Ain ni.Ye la..k.Ina faham ain keje kan , tak sempat nak wat kek utk anakanda bungsu dia si Balqis.Buntu juga nak wat design apa ye..yg suai ngan umurnya? Kata ain..Balqis minat Barbie.Nasib baik ada 2 kpg Edible Image gambar Barbie.Em..letak je la.

Ok ain...kamu nak komen apa yek cuppy k.ina ni??? He..he..T.kasih Ain.

Thursday, July 2, 2009




Choc Moist ngan filling Coklat...wow mmg sungguh memikat rasa.Pilihan rasa yg tepat adik Anis utk diberikan kpd seseorg yg istimewa baginya..ehem..ehem.

Anis mahukan contoh design yg diberikannya kpd sy, nasib baik mudah dik,senang skit kerja akak.
Apapun t.kasih ya.

Saturday, June 27, 2009


Tempahan dari gadis manis Lyn utk hari ulangtahun ayahandanya.Seperti contoh yg diberi Lyn sy meralisasikan kehendaknya.Harap berpuashati ya..T.kasih Lyn.

Thursday, June 25, 2009




Tempahan kedua dari k.Yanti.X kisah tema apa2 pun agar sesuai utk anak dara dia si Nurin.Nah..design simple je..rasanya sesuai ngan Nurin yg semakin menginjak remaja.Pink purple lagi.....; )

Tuesday, June 23, 2009

Fathers Day Cupcakes





Tempahan dari k.Yanti.Berkenan dgn design Father's Day ari tu, dia nak yg serupa jg..cuma tukar color je & sekotak lg utk anak dara dia Nurin.

Sunday, June 21, 2009

Birthday


Selamat Hari Jadi dari Nadia di Kemaman utk anak buahnya.Baiknya hati mak sedara ni...jauh dtg nak meraikan anak sedaranya.T.kasih daun keladi Nadia.

Selamat Hari Bapa



Order dari adik Fatin utk bapanya sempena hari bapa.
Meminta utk melakar wajah seorg lelaki pd salah satu cuppy ini..Emm..fatin ada iras wajah bapa ke nih?? He..he.

Tuesday, June 16, 2009

Tema Bola



Sebenarnya ni 1st time saya wat cuppy bertemakan bola.Terima kasih Ely atas kepercayaan kamu.

Monday, June 15, 2009

Hantaran Pertunangan



Ini utk makan2 keluarga Ein, lebihan dari cuppy utk hantaran di bawah.





Cepatnya masa berlalu, kalau dulu dia seorg anak kecil yg penuh keletah yg mengamit memori saya. Kini dia sudah dewasa meninggalkan masa2 lalu itu dan akan menjadi suami orang tak lama lg.Emm..dah besar anak sedara kita ni.Apapun Ein, mak na ucapkan Selamat Bertunang.Semoga gembira dan berpuas hati dgn hasil tangan mak na ni ye.

Friday, May 29, 2009


Seronok jg melukis wajah2 ya tak dikenali ini..harap2 Kasma sukakannya.Sekali lagi tempahan dari Kasma di Gebeng utk meraikan majlis bersama group bowling rakan2 ofis nya.Maaf apa yg terkurang & t.kasih daun keladi ya atas kepercayaan yg diberi.

Saturday, May 23, 2009

Cuppies ke Trg lagi.

Repeat order dari k.Aya utk dihantar ke Trg.
"Eiiii..comelnya auty inaa...", kata anak2 k.aya sebaik sy membuka kotak utknya. Saya hanya dpt tersenyum.
"Rasalah dulu, baru tau sedap tak sesuai ngan rupanya," kata saya.

Choc moist dgn topping ganache & buttercream yg pastinya memikat rasa. Esok sms dari k.aya mengatakan dia & bebudak berpuas hati dgn deko & rasanya.Alhamdullilah.
K.aya kata nak order lg, insyAllah.


Monday, May 18, 2009

From Italy with Love







Ingatan anak utk ibu.Walau jauh di perantauan ikatan kasih tetap terjalin.Kek2 comel ini sebagai pengganti diri & ucapan kasih sayang yg tidak berbelah bagi utk ulangtahun si ibu yg sentiasa merindui anak yg jauh diperantauan.

Tinie..hajat mu telah tertunai.Jaga diri & agama mu disana ye.Semoga kamu berjaya dunia & akhirat.

Wednesday, May 13, 2009

Farewell Cuppies






Tersalah faham...dari nama elok2 Karti' saya tulis nama 'Karpi'.Patut la hati tertanya2 knp nama dia ni lain skit.Apapun sy minta maaf ye dik...salah pendengaran kot. Yg penting adik2 ni gembira dgn cuppies ni semua.Apapun t.kasih kepada adik Kasma & Hepi B'thday to u girls.

Wednesday, May 6, 2009

Kek cawan utk rekod Malaysia



Amboi, tekunnya ....


Wah...satu pengalaman baru bg saya utk menyudahkan cuppies ni semua.Sebyk 20,000 biji harus dibereskan utk dijadikan bendera Malaysia yg terbesar menggunakan kek cawan sekaligus utk catatan rekod Malaysia.Ini hasil kerjasama byk pihak jg utk menjayakan projek ni.

Tak sangka plak terjumpa bakers yg sy kenali hya didlm blog masing2.Sempat jg saya berkenalan dgn mereka.Walau x pernah bersua muka seblm ini...kami mudah mesra.

So, ini adalah kami antara pendeko2 akhir yg kena menyudahkan cuppies ni semua.Satu cabaran juga bagi kami semua, maklum la... dlm mengejar masa tu, kami kekurangan kelengkapan lg.Apapun,akhirnya alhamdullilah kami dpt jg melaksanakan tanggungjawab yg diamanahkan.Tabik utk group kami.He..he..Jgn tak tau, disitu ada bakers yg terkenal & glamor tau...(dlm blog la..) Jeng..jeng..Teka yg mana satu? Cari sendiri..he..he..

Lihat la hasilnya....4 tingkat tau!


Sunday, May 3, 2009

Cuppies terbang ke Trg.


Semoga kesemua cuppies ni selamat sampai ke destinasinya.Maklum la tmpatnya jauh di Trg.
K.Aya mahukan design yg sama spt yg pernah sy buat dulu.Dibuat khas utk majlis pertunangan adik kesayangannya.Tentu utk tetamu la tu...
Terlupa plak nak ucap tahniah utk adiknya.Ok k.aya tlg sampaikan ucapan tahniah & gembira sy kpdnya ya.(Sebenarnya sy berasa gembira atas pertunangan beliau akhirnya...ye lah buat sekian lamanya beliau enggan mencari pengganti & begitu reda atas dugaan yg dterima sebelum ini.Smg berterusan hingga ke jinjang pelamin.Amin...

Monday, April 27, 2009

Hepi B'thdy to U.



Hepi B'btdy to you Hanis.Aunty Ina ucapkan Smg kamu sentiasa gembira selalu.Kamu mmg gadis yg manis skali.

Monday, April 20, 2009




Ini tempahan dari kakak utk dibawa pulang ke Melaka.Hendak dijamu kpd teman2 ofisnya.Tema bebas...apa2 jer asalkan cantik jelita.Cantik jelita?? Emm....?
Seronok mencuba design sebegini yg tak pernah sy buat sebelum ini.
Harapan saya agar teman2 kakak sukakannya.
Terimakasih ye Zalilah atas sokongan kamu.