Wednesday, March 10, 2010


Tq Farah.Smg menepati citarasa kamu ye. ; ))

Monday, February 8, 2010


Elly, antara pelanggan yg setia menempah dari saya.Kali ni tempahan dibuat ketika saya benar2 sibuk dan kurang sihat.Tapi demi Elly yg sentiasa memberi sokongan,sy gagahkan diri dan mencuri masa agar tidak menghampakannya.T.kasih bebyk dan maafkan akak kalau ada yg terkurang.

Thursday, January 28, 2010

ChocMoist CupCakes



Tempahan buat kali ke2 dari Shahira,student UIA Ktn.Smg selamat sampai ke Trg...hrp2 cc tu x cedera ya Sha.T.kasih daun keladi dik..; D

Wednesday, January 20, 2010


Kedua2nya, choc moist cake & cuppies ini diorder Fatin,penuntut UITM.
Saya kenalinya sejak dia masih anak2 lg.Masa berlalu menginjakkan waktu menjadikan dia seorang gadis yg manis skali dimata saya.Lembut tutur kata semanis orgnya...sejuk mata memandang takkala berbicara dgn anak gadis Datin Non ini.
Baru sedar,kita sudah menginjak masa yg jauh,umur dan pengalaman menjadikan kita lebih matang menghadapi cubaan2 yg silih berganti hadir dlm kehidupan kita.

Menutup perasaan gundah takkala menerima sms dari Datin Non." Sedap kek dan cantik sgt.T.k". Alhamdullilah.T.kasih daun keladi! Maklum la bg saya satu cabaran jg utk membuat bunga coklat ni.Aduss...berpeluh! : ))

Tergelak sendirian takkala melukis gambar ini krn ada diantaranya ada yg terlebih suntikan kolagen kot sampai bibir mungil semacam je...he..he..

Thursday, January 14, 2010

Choc Moist Cake


Salam Bahgia Buat Rin.

Choc moist cake ini tetap menjadi pilihan Rin sbgai hantaran perkahwinannya,walaupun sy cuba syorkan kek lain.Krn katanya dia dah jatuh cinta ngan kek coklat ni.Emm..apa2 je la Rin...janji kamu bahgia.
Selamat Pengantin Baru Rin.K.ina doakan kamu semoga berbahgia & berkekalan hingga ke hujung nyawa.

Tuesday, January 5, 2010

Coklat Oh Coklat


Saya dah bersedia utk menerima tempahan handmade coklat ni.So sesapa yg berminat ngan coklat sebegini blehla menempahnya.Sedap tau! : ))


KEK COKLAT
Dah lama sgt niat dihati utk mempelajari teknik membuat bunga ros ini. Dah cuba berkali2, hasil mengecewakan. Tekad utk mempelajarinya saya mengumpul wang.Lambat benar rasanya krn setiap kali cukup tabungannya ada saja wang tabungan itu hendak digunakan.Em..bila la ya?

Mgk menyedari ketaksuban saya dgn bunga kek coklat ni... : )) , hubby menghulurkan bantuan kecemasan..he..he..Apalagi terus pergi cari Cikgu Zatidhati...senyum lebarrr...

Harapan berbunga bila dpt membuat bunga2 coklat & handmade coklat ni.Alhamdullilah.Seperti biasa cikgu Zati x lokek pengajarannya.Lepas ni boleh la nak buatnya utk kek hantaran.
T.kasih Zati.



Friday, January 1, 2010

Music CupCakes



My Last Order For This Year 2009.

Tempahan dari dua student UIA Shahira dan Saadah.Kedua2nya mahukan tema muzik. Cc diatas utk Saadah yg mahukan warna merah & putih saja sedangkan Shahira dgn warna2 ceria.

"K.ina sedap cc choc moist ni & b'tday boy pun hepy bila menerimanya"...Sms yg diterima dari Saadah.Ye lah sapa tak gembira bila buah hati yg bagi kan Shahira...: ))

Apapun terima kasih utk anda berdua.







Monday, December 21, 2009

Tuesday, December 15, 2009

Mini fondant Cakes

Percubaan yg pertama....emm...; )

Friday, December 4, 2009

Bunga2 Cinta


Bunga-bunga cinta dari ibu utk anak2 yg akan pulang berhariraya Aidil Adha baru2 ini. Tiada syarat @ tema..."apa2 je la ina,asal sedap dan cantik utk anak2 yg nak blk beraya" kata Datin Jawahir.

Alhamdullilah anak2nya sukakan cuppies ni.T.kasih.




Saturday, November 28, 2009

Barbie Doll Cake




Hepy Birthday Nyna.

Ely, pelanggan tetap sy. Seronok sgt bila mendekorasi kek begini. T.kasih Ely, diatas sokongan kamu.

Thursday, November 19, 2009

Tuesday, November 17, 2009

Friday, October 23, 2009


Dari Uitm Shah Alam ke Indera Mahkota, Ktn.
Suprise dari si Hanis utk ibunya...Amboi kak Hanim, senyum lebar nampak dpt birthday cuppies dari anak ye...Selamat Ulang Tahun kak,smg dipanjangkan umur & dimurahkan rezeki.
Buat Hanis,terima kasih daun keladi, nnt oder lg ngan aunty yek!

Sunday, October 18, 2009

Kartun utk si Comel



Dah lama saya tak mengupdet blog nih.Sb sentiasa kena outsation utk membantu suami menyelesaikan beberapa masalah kerja.Kekadang tu kena jg menolak beberapa tempahan dari pelanggan.Tp,kalau masa mengizinkan sy ttp menerima tempahan mereka...krn.minat harus diteruskan.

Disini jg sy ingin memohon maaf kpd beberapa pelanggan sy krn x dpt masukkan gambar cc tempahan mereka.Sedihnya, sb gambar2 tersebut semua hilang ntah kemana.Begitu jg gambar tempahan sebiji kek coklat + strawberry dari si Elly.Sorry yek....: ((

Ok diatas cc tempahan dari Cikgu Ina.Utk meraikan ulangtahun si comelnya, Hasha.Terima kasih cikgu krn sudi menempah.


Wednesday, August 12, 2009



Ini tempahan kali ke 3 dari K.Aya.Nak bagi kpd guru2 sekolah.Sekolah mana... sy x pasti.
K.Aya tak kisahkan warna dan design,asalkan cantik, katanya.
Terlintas dimata warna2 sebegini.Emm..Hati dan minda menjadi segar bila melihat hasil gabungan warna2 ini.



Yg dibawah ni utk anak dara kita yg sorang ni si Alya.Sibuk bebenar nak suruh saya buatkan cc yg berlebihan skit ni.Nak diberi pada teman baiknya si Effy.Kebah kejap demam si Effy bila dpt cc ni...mcm2 bebudak ni..: ))


Sunday, August 9, 2009

ChocMoist Strawberry Cakes

Utk acara makan2 sendiri ngan hubby & anak2....mmg kami sekeluarga gemar sgt2 kek coklat + strawberry....lazat. Tu pun dah nak cair topping bersememeh dah. X pa janji rasa ok! He..he..




Moist choc cupcakes + strawberry.....emm,enak juga ni. Sila2 jamu mata. : D


Saturday, August 1, 2009



Aduhai, terlupa plak siapa nama gerangannya yg menempah cuppies ni.
Apa yg sy tahu beliau ni tauke spa & butiknya di bandar Kuantan.Apa ye nama spa dia pun....saya lupa.Maklum la jumpa baru sekali dua di gym...borak2 dia nak order cc utk diberi kpd pelanggannya yg berkunjung ke ekspo pengantin nya di Kuantan Parade baru2 ni.

Sory la ye....lupa betul..: ))
Terima kasih kpd usahawan wanita ni.

Monday, July 27, 2009

Tempahan dari Ina di BASF, Gebeng. Bila baca setiap sms darinya..sy mengagak beliau ni 'mesra alam'...he..he..Happy go lucky si Ina ni ye. T.kasih Ina krn sudi menempah dari k.ina ni. ( Anda x salah baca.. mmg nama panggilan kitaorg ni sama...INA..; ))


Yg ini ambil dari 16pcs tadi...dari Ina utk kawannya.



Wednesday, July 15, 2009

Real Madrid utk suami tercinta.




Ini kali kedua Ely menempah cc dari saya dan beliau adalah antara pelanggan yg saya senangi.
Tapi kali ini tempahannya benar2 merisaukan saya.....ntah kenapa ye??

" Akak...sedap cc akak,ganache sdp..tabik spring!"
" Mmg ngan akak je pas nie...dah jatuhcinta ngan cc akak..."

Kerisauan yg bersarang dihati mengenai cc kali ni bagaikan hilang bilamana menerima sms dari Ely..alhamdullilah.Bimbang jg beliau tak berpuashati.Tambahan sy pertama kali menggunakan Edible Image yg saiz sebesar ni...

Ok Ely, terima kasih daun keladi ye.....; )

Sunday, July 12, 2009

Selamat Hari Jadi buat gadis comel Balqis.




Walau dah pandai dia masih nak oder ngan kita...wat malu k.ina jer Ain ni.Ye la..k.Ina faham ain keje kan , tak sempat nak wat kek utk anakanda bungsu dia si Balqis.Buntu juga nak wat design apa ye..yg suai ngan umurnya? Kata ain..Balqis minat Barbie.Nasib baik ada 2 kpg Edible Image gambar Barbie.Em..letak je la.

Ok ain...kamu nak komen apa yek cuppy k.ina ni??? He..he..T.kasih Ain.

Thursday, July 2, 2009




Choc Moist ngan filling Coklat...wow mmg sungguh memikat rasa.Pilihan rasa yg tepat adik Anis utk diberikan kpd seseorg yg istimewa baginya..ehem..ehem.

Anis mahukan contoh design yg diberikannya kpd sy, nasib baik mudah dik,senang skit kerja akak.
Apapun t.kasih ya.

Saturday, June 27, 2009


Tempahan dari gadis manis Lyn utk hari ulangtahun ayahandanya.Seperti contoh yg diberi Lyn sy meralisasikan kehendaknya.Harap berpuashati ya..T.kasih Lyn.

Thursday, June 25, 2009




Tempahan kedua dari k.Yanti.X kisah tema apa2 pun agar sesuai utk anak dara dia si Nurin.Nah..design simple je..rasanya sesuai ngan Nurin yg semakin menginjak remaja.Pink purple lagi.....; )

Tuesday, June 23, 2009

Fathers Day Cupcakes





Tempahan dari k.Yanti.Berkenan dgn design Father's Day ari tu, dia nak yg serupa jg..cuma tukar color je & sekotak lg utk anak dara dia Nurin.

Sunday, June 21, 2009

Birthday


Selamat Hari Jadi dari Nadia di Kemaman utk anak buahnya.Baiknya hati mak sedara ni...jauh dtg nak meraikan anak sedaranya.T.kasih daun keladi Nadia.

Selamat Hari Bapa



Order dari adik Fatin utk bapanya sempena hari bapa.
Meminta utk melakar wajah seorg lelaki pd salah satu cuppy ini..Emm..fatin ada iras wajah bapa ke nih?? He..he.

Tuesday, June 16, 2009

Tema Bola



Sebenarnya ni 1st time saya wat cuppy bertemakan bola.Terima kasih Ely atas kepercayaan kamu.

Monday, June 15, 2009

Hantaran Pertunangan



Ini utk makan2 keluarga Ein, lebihan dari cuppy utk hantaran di bawah.





Cepatnya masa berlalu, kalau dulu dia seorg anak kecil yg penuh keletah yg mengamit memori saya. Kini dia sudah dewasa meninggalkan masa2 lalu itu dan akan menjadi suami orang tak lama lg.Emm..dah besar anak sedara kita ni.Apapun Ein, mak na ucapkan Selamat Bertunang.Semoga gembira dan berpuas hati dgn hasil tangan mak na ni ye.