Tuesday, October 12, 2010

32pcs ccm + strawberry...penuh coklat sbg fillingnya.
Jauhnya perjalanan cikgu Zaira ni nak membawa cc ni sampai ke Johor.Harap segala2nya selamat sampai disana ya cikgu.

Monday, October 11, 2010

Choc Moist Cake


T.kasih Elly...masih manis orgnya walau sudah lama x berjumpa.Menerima kiriman sms mengatakan sukakan rasa Choc Moist Cake + Stoberi yg diterima..membuatkan hati ini legaaa.Alhamdullilah.

Sunday, June 20, 2010

Flowers Cupcakes




Saya menerima tempahan akhir ini dari K.Zana utk minggu ini.Cc ini hendak diberikan kpd teman baiknya bg meraikan perkahwinan anak perempuan temannya itu . Tp yak sangka pula teman yg dimaksudkannya adalah jiran saya iaitu k.Nora.Erm...walau pun baru saja mengenali K.zana, tp macam dah kenal lama, ramah orangnya dan cute plak tu. T.kasih kak.Salam buat akak, smg sentiasa sihat ye..: ))



PERHATIAN UTK PELANGGAN2 SAYA, MULAI 21JUN SAYA TERPAKSA MENUTUP TEMPAHAN BUAT SEMENRTARA WAKTU SEHINGGA 15 JULAI 2010. INI ADALAH KERANA....APALAGI NAK BERCUTI LERR..; ))))

Friday, June 11, 2010






Tq Cikgu Lin.

Thursday, June 3, 2010

Disebabkan strawberry dah kehabisan di kedai2 kuantan, maka dengan keizinan dari tuanpunya badan, saya gantikannya dengan buah kiwi.Rasa tidak byk berubah..masih sedap juga. Nasib baik yg empunya mengorder ni kata sedap,Alhamdullilah! T,kasih Cikgu Lin yg menempah kedua2 cc ini.

Dibawah pula, Cikgu Lin mahukan lukisan kereta & truck utk birthday anaknya.He..he..ada rupa truck ke tuh..? ; ))


Golf Cake

Aisey... lupa nak potong rumput la..: ))

Monday, May 24, 2010

ChocMoist + Strawberry


Order dari seorang teman yg putih melepak utk hubby nya yg tercinta..masih maintain walau anak sudah 5.He..he..jgn marah Yati...ini pujian!
Apapun t.kasih Ti krn tempahan ni.

Monday, May 17, 2010

Coklat

Terima kasih Ain.


Thursday, May 6, 2010

Friday, April 23, 2010

Coklat


Utk cenderahati dimajlis perkahwinan Ein tempoh hari.




Wednesday, April 14, 2010

Tq Nana.

Wednesday, March 31, 2010


Mohon maaf kpd Dr.Riney sb lambat upload gambar ini.Blk dari bercuti byk benda yg perlu dibereskan saya sampai x sempat nak pegang komputer..: )
Apapun t.kasih sb sudi menempah.Oh ya Dr., nnt waktu free bleh la kita sambung blk bicara kita yg tergendala tempoh hari ye..; ))

Wednesday, March 10, 2010


Tq Farah.Smg menepati citarasa kamu ye. ; ))

Monday, February 8, 2010


Elly, antara pelanggan yg setia menempah dari saya.Kali ni tempahan dibuat ketika saya benar2 sibuk dan kurang sihat.Tapi demi Elly yg sentiasa memberi sokongan,sy gagahkan diri dan mencuri masa agar tidak menghampakannya.T.kasih bebyk dan maafkan akak kalau ada yg terkurang.

Thursday, January 28, 2010

ChocMoist CupCakes



Tempahan buat kali ke2 dari Shahira,student UIA Ktn.Smg selamat sampai ke Trg...hrp2 cc tu x cedera ya Sha.T.kasih daun keladi dik..; D

Wednesday, January 20, 2010


Kedua2nya, choc moist cake & cuppies ini diorder Fatin,penuntut UITM.
Saya kenalinya sejak dia masih anak2 lg.Masa berlalu menginjakkan waktu menjadikan dia seorang gadis yg manis skali dimata saya.Lembut tutur kata semanis orgnya...sejuk mata memandang takkala berbicara dgn anak gadis Datin Non ini.
Baru sedar,kita sudah menginjak masa yg jauh,umur dan pengalaman menjadikan kita lebih matang menghadapi cubaan2 yg silih berganti hadir dlm kehidupan kita.

Menutup perasaan gundah takkala menerima sms dari Datin Non." Sedap kek dan cantik sgt.T.k". Alhamdullilah.T.kasih daun keladi! Maklum la bg saya satu cabaran jg utk membuat bunga coklat ni.Aduss...berpeluh! : ))

Tergelak sendirian takkala melukis gambar ini krn ada diantaranya ada yg terlebih suntikan kolagen kot sampai bibir mungil semacam je...he..he..

Thursday, January 14, 2010

Choc Moist Cake


Salam Bahgia Buat Rin.

Choc moist cake ini tetap menjadi pilihan Rin sbgai hantaran perkahwinannya,walaupun sy cuba syorkan kek lain.Krn katanya dia dah jatuh cinta ngan kek coklat ni.Emm..apa2 je la Rin...janji kamu bahgia.
Selamat Pengantin Baru Rin.K.ina doakan kamu semoga berbahgia & berkekalan hingga ke hujung nyawa.

Tuesday, January 5, 2010

Coklat Oh Coklat


Saya dah bersedia utk menerima tempahan handmade coklat ni.So sesapa yg berminat ngan coklat sebegini blehla menempahnya.Sedap tau! : ))


KEK COKLAT
Dah lama sgt niat dihati utk mempelajari teknik membuat bunga ros ini. Dah cuba berkali2, hasil mengecewakan. Tekad utk mempelajarinya saya mengumpul wang.Lambat benar rasanya krn setiap kali cukup tabungannya ada saja wang tabungan itu hendak digunakan.Em..bila la ya?

Mgk menyedari ketaksuban saya dgn bunga kek coklat ni... : )) , hubby menghulurkan bantuan kecemasan..he..he..Apalagi terus pergi cari Cikgu Zatidhati...senyum lebarrr...

Harapan berbunga bila dpt membuat bunga2 coklat & handmade coklat ni.Alhamdullilah.Seperti biasa cikgu Zati x lokek pengajarannya.Lepas ni boleh la nak buatnya utk kek hantaran.
T.kasih Zati.



Friday, January 1, 2010

Music CupCakes



My Last Order For This Year 2009.

Tempahan dari dua student UIA Shahira dan Saadah.Kedua2nya mahukan tema muzik. Cc diatas utk Saadah yg mahukan warna merah & putih saja sedangkan Shahira dgn warna2 ceria.

"K.ina sedap cc choc moist ni & b'tday boy pun hepy bila menerimanya"...Sms yg diterima dari Saadah.Ye lah sapa tak gembira bila buah hati yg bagi kan Shahira...: ))

Apapun terima kasih utk anda berdua.







Monday, December 21, 2009

Tuesday, December 15, 2009

Mini fondant Cakes

Percubaan yg pertama....emm...; )

Friday, December 4, 2009

Bunga2 Cinta


Bunga-bunga cinta dari ibu utk anak2 yg akan pulang berhariraya Aidil Adha baru2 ini. Tiada syarat @ tema..."apa2 je la ina,asal sedap dan cantik utk anak2 yg nak blk beraya" kata Datin Jawahir.

Alhamdullilah anak2nya sukakan cuppies ni.T.kasih.




Saturday, November 28, 2009

Barbie Doll Cake




Hepy Birthday Nyna.

Ely, pelanggan tetap sy. Seronok sgt bila mendekorasi kek begini. T.kasih Ely, diatas sokongan kamu.

Thursday, November 19, 2009

Tuesday, November 17, 2009

Friday, October 23, 2009


Dari Uitm Shah Alam ke Indera Mahkota, Ktn.
Suprise dari si Hanis utk ibunya...Amboi kak Hanim, senyum lebar nampak dpt birthday cuppies dari anak ye...Selamat Ulang Tahun kak,smg dipanjangkan umur & dimurahkan rezeki.
Buat Hanis,terima kasih daun keladi, nnt oder lg ngan aunty yek!

Sunday, October 18, 2009

Kartun utk si Comel



Dah lama saya tak mengupdet blog nih.Sb sentiasa kena outsation utk membantu suami menyelesaikan beberapa masalah kerja.Kekadang tu kena jg menolak beberapa tempahan dari pelanggan.Tp,kalau masa mengizinkan sy ttp menerima tempahan mereka...krn.minat harus diteruskan.

Disini jg sy ingin memohon maaf kpd beberapa pelanggan sy krn x dpt masukkan gambar cc tempahan mereka.Sedihnya, sb gambar2 tersebut semua hilang ntah kemana.Begitu jg gambar tempahan sebiji kek coklat + strawberry dari si Elly.Sorry yek....: ((

Ok diatas cc tempahan dari Cikgu Ina.Utk meraikan ulangtahun si comelnya, Hasha.Terima kasih cikgu krn sudi menempah.


Wednesday, August 12, 2009



Ini tempahan kali ke 3 dari K.Aya.Nak bagi kpd guru2 sekolah.Sekolah mana... sy x pasti.
K.Aya tak kisahkan warna dan design,asalkan cantik, katanya.
Terlintas dimata warna2 sebegini.Emm..Hati dan minda menjadi segar bila melihat hasil gabungan warna2 ini.



Yg dibawah ni utk anak dara kita yg sorang ni si Alya.Sibuk bebenar nak suruh saya buatkan cc yg berlebihan skit ni.Nak diberi pada teman baiknya si Effy.Kebah kejap demam si Effy bila dpt cc ni...mcm2 bebudak ni..: ))